Bagi penggemar aktiviti-aktiviti lasak , sekiranya anda datang ke Sabah , jangan lupa untuk mencuba sukan kayak arus deras atau lebih dikenali sebagai 'water rafting' . Antara tempat yang menyediakan sukan lasak ini adalah:
Kiulu White Water Rafting yang terletak di Tuaran.
Padas River White Water Rafting yang terletak di Tenom.
Hari ini , saya akan berkongsi tentang sukan kayak arus deras Sungai Kiulu yang terletak di daerah Tuaran .Sekiranya anda bertolak dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke Kiulu, perjalanan hanya akan mengambil masa kira-kira dua jam sahaja jika anda memilih untuk memandu ke sana.
Dari Kota Kinabalu, perjalanan hanya sejauh 35km ( jika menaiki kenderaan , bukan berjalan kaki )
Uniknya, sepanjang perjalanan, anda akan dapat melihat perkampungan tempatan serta kawasan hutan yang menghijau. Namun, berhati-hati dengan anjing yang berkeliaran di kawasan itu ok :)
Sukan kayak arus deras adalah satu rekreasi yang mencabar di samping mencergaskan fizikal. Bagi penggemar sukan kayak arus deras, jeram sungai Kiulu berada di dalam kategori kelas 1 dan 2 .
Kelas 1 - Sungai di kawasan ini tidak berjeram, mempunyai arus dan sesuai bagi mereka yang baru menceburi bidang ini.
Kelas 2 - Sungai di kawasan ini mempunyai arus yang bergerak laju, mempunyai batu-batu yang menghasilkan jeram-jeram kecil dan laluannya masih mudah dilihat.
Antara pakej harga yang disediakan untuk sukan water rafting ini adalah sebanyak rm90 .
Terdapat lagi beberapa pakej harga yang lain.
Bagi pakej harga rm90, ianya termasuk : barangan berkayak + jaket keselamatan
: tour / river guide
: insuran
Sukan kayak ini sesuai untuk golongan umur 10 tahun hingga 60 tahun ke atas ( mengikut keadaan kesihatan)
Bagi sesiapa yang menghidap penyakit lelah , saya tidak menyarankan aktiviti ini kerana aktiviti ini memerlukan tenaga yang sangat banyak . Bimbang anda semput pula.
Selain daripada sukan water rafting, sekiranya anda berminat untuk menjalankan camping di kawasan tersebut, anda boleh mendapatkan maklumat daripada pihak yang berkaitan .
Cubalah ! Saya pasti anda tidak akan menyesal .. Sayonaraaaaaa .....
Disediakan oleh : Nor Alieza Binti Ahmad Azni
Credit to : Puan Siti Aminah bt Leen & Encik Ruhizal Nazman Alias kerana sudi berkongsi gambar.
Tuesday, 11 November 2014
Sunday, 2 November 2014
Crocodile Farm Tuaran ~ A day with Crocodile!
Taman Buaya Tuaran terletak di jalan Sulaman, tidak jauh daripada tempat makan lokan bakar.
Harga tiket, Dewasa RM 10.00 dan Kanak-kanak ( 4-12 tahun) RM 5.00. Dibuka 8.30 pagi - 5.30 petang.
Persembahan yang diadakan kat situ.
Pertunjukan Buaya:
Ikuti perjalanan saya ke alam Buaya! =)
Buaya itu sudah diawet dan dijadikan perhiasan di luar Taman Buaya tersebut.
Kita mulakan dengan Taman rama- rama dimana saya menjumpai bunga yang sungguh menarik....
Kita kembali kepada alam Buaya... Bujang Sukau merupakan buaya yang amat merbahaya kerana menurut pekerja disana, buaya ini telah menbunuh orang dan merupakan buaya tertua di Taman Buaya tersebut.. Berusia 75 Tahun.

Kolam ini terdapat lebih 50 ekor ikan Common Kai.
Persembahan Kebudayan diadakan di dewan ini pada masa- masa tersebut =)
Saya turut serta menari bersama penari mereka Tarian Magunatip. Tarian Magunatip merupakan tarian suku kaum murut Tenom. Ditarikan dengan menggunakan buluh.
Wajah- wajah penari bersama saya.
Akhir sekali Persembahan Buaya yang dipimpin oleh pekerja mereka.
Persembahan Tarian Sumazau bersama buaya ini!
Sekian sahaja diari saya ke Taman Buaya pada kali ini. Semoga kalian dapat idea untuk berkunjung ke Taman Buaya Tuaran Sabah.
disediakan oleh Charlene Sunmogram.
Harga tiket, Dewasa RM 10.00 dan Kanak-kanak ( 4-12 tahun) RM 5.00. Dibuka 8.30 pagi - 5.30 petang.
Persembahan yang diadakan kat situ.
Pertunjukan Buaya:
- Isnin - Sabtu : 11 pagi dan 3 petang.
- Ahad dan cuti umum : 11 pagi, 1 tengahari, 3 petang.
- Isnin - Sabtu : 11.30 pagi dan 3.30 petang.
- Ahad dan cuti umum : 11.30pagi, 1.30 petang, 3 petang.
Perjalanan dari ke Taman Buaya amat menarik kerana saya dapat mengambil gambar di setiap penanda jalan raya (signboard) bermula dari 9Km hinggalah ke 1Km..
Selamat Datang ke Taman Buaya Tuaran!
Posing maut dulu sebelum masuk! |
Ikuti perjalanan saya ke alam Buaya! =)
Buaya itu sudah diawet dan dijadikan perhiasan di luar Taman Buaya tersebut.
Kita mulakan dengan Taman rama- rama dimana saya menjumpai bunga yang sungguh menarik....
Ini merupakan salah satu buaya yang dapat saya gambar dari atas jambatan...
Kita beralih ke stesen seterusnya iaitu Haiwan iaitu Burung Unta.....
Ini pula satu- satunya pelanduk yang terdapat di Taman Buaya tersebut.
Kita kembali kepada alam Buaya... Bujang Sukau merupakan buaya yang amat merbahaya kerana menurut pekerja disana, buaya ini telah menbunuh orang dan merupakan buaya tertua di Taman Buaya tersebut.. Berusia 75 Tahun.
Dalam gambar ini buaya tersebut merupakan buaya terkecil di Taman ini....
Kolam ini terdapat lebih 50 ekor ikan Common Kai.
Persembahan Kebudayan diadakan di dewan ini pada masa- masa tersebut =)
Saya turut serta menari bersama penari mereka Tarian Magunatip. Tarian Magunatip merupakan tarian suku kaum murut Tenom. Ditarikan dengan menggunakan buluh.
Wajah- wajah penari bersama saya.
Akhir sekali Persembahan Buaya yang dipimpin oleh pekerja mereka.
Persembahan Tarian Sumazau bersama buaya ini!
Akhir sekali ialah aksi paling merbahaya yang dipimpuin oleh pekerja veteren mereka iaitu Encik Roberto yang akan memasukkan tangan beliau ke dalam mulut buaya tersebut... Buaya ini merupaka buaya yang terganas di Taman Buaya tersebut.
Sekian sahaja diari saya ke Taman Buaya pada kali ini. Semoga kalian dapat idea untuk berkunjung ke Taman Buaya Tuaran Sabah.
disediakan oleh Charlene Sunmogram.
Wednesday, 22 October 2014
NEXUS KARAMBUNAI RESORT CITY - "some say it's heaven..!"
Karambunai Resort City |
'Some say it's heaven'.. Inilah ungkapan yang diberikan oleh bekas-bekas pengunjung Nexus Karambunai Resort City yang merupakan salah satu tempat yang sering mendapat tumpuan oleh para pelancong asing yang ingin mendapatkan percutian yang menarik dan menenangkan di negeri bawah bayu. Lokasinya terletak tidak jauh dari bandaraya Kota Kinabalu(28km), iaitu 30minit masa perjalanan menggunakan kenderaan dengan kemudahan perhubungan jalanraya yang baik.
Gerbang laluan masuk ke Nexus Resort |
Gerbang laluan masuk yang dikawal rapi oleh pegawai keselamatan dapat menjamin keselamatan para pelancong dan pengunjung untuk melakukan aktiviti percutian mereka tanpa ragu-ragu.
Nexus Resort |
Nexus Resort menawarkan penempahan villa secara terus melalui kaunter atau atas talian selama 24jam. Pendaftaran masuk dan keluar pula bermula pada jam 4 petang dan 12 tengah hari. Sesuai dengan istilah 'City', Nexus Resort menawarkan pelbagai perkhidmatan yang diperlukan oleh pengunjung.
Antara kemudahan yang disediakan ialah restoran, perkhimatan bilik, Bar, penghantaran makanan ke bilik, kemudahan BBQ, pusat pertukaran matawang, penyimpanan Luggage, perkhidmatan menjaga anak(babysiting), Kids' Club, kemudahan untuk perjumpaan/Banquet, kedai cenderahati, bilik khas kepada mereka yang alahan kepada asap rokok, kemudahan OKU, tempat letak kereta dan wifi secara percuma dan lain-lain lagi.
Perkhidmatan basikal dan kolam renang.
Perkhidmatan Spa dan Massage merupakan salah satu perkhidmatan yang mendapat pujian dan penghargaan daripada pelancong yang datang.
Lapangan Golf
Resort ini sangat sesuai untuk kunjungan seisi keluarga, pasangan bulan madu, perseorangan, tidak kira tua dan muda kerana terdapat pelbagai perkhidmatan yang menarik iaitu perkhidmatan sauna, pusat kecergasan, spa, pusat kesihatan, perkhidmatan mengurut, tenis, berbasikal, skuasy, kawasan pantai persendirian dan tidak lupa juga tanah lapang tersedia untuk penggemar permainan Golf.
Pantai persendirian: Air yang jernih, bersih dan menyegarkan.
Yang pastinya sumber alam semula jadi di sekitar lokasinya sangat indah dan ia sangat sesuai dijadikan tempat untuk bermeditasi dan menenangkan keadaan mental dan fizikal. Bak kata orang 'belum cuba, belum tahu..sudah cuba nak lagi!'.
Ambillah peluang untuk mengunjungi dan menyertai aktiviti-aktiviti yang terdapat di sini, anda pasti mengalami ketengan dan keseronokan yang maksima!
Sebarang persoalan dan tempahan bolehlah berhubung terus secara online di laman web berikut:
Monday, 20 October 2014
Melawat Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang!
![]() |
Desa Cattle Dairy Farm! |
Desa Cattle Dairy Farm terletak di Kundasang, Ranau iaitu kira-kira 3 jam perjalanan dari Kota Kinabalu. Desa Cattle Farm yang sering dikatakan New Zealand Sabah merupakan satu kawasan yang 'wajib pergi' bagi para pelancong yang datang ke Sabah.
Apa yang menarik di Desa Cattle Dairy Farm ini adalah sememangnya pemandangannya yang cukup indah seolah-olah kita berada di New Zealand tambahan lagi cuacanya yang sejuk serta lembu-lembu yang bertompok hitam putih seperti lembu yang sering kita lihat di luar negara.
Bayaran masuk ke Desa Cattle Dairy Farm adalah sebanyak RM 4 bagi dewasa dan RM 3 bagi kanak-kanak.
Selain itu, kita berpeluang untuk memberi makanan serta menyusukan anak-anak kambing dan lembu. Pihak Desa Cattle Dairy Farm juga turut menunjukkan bagaimana mereka memerah dan memproses susu. Namun, kami tidak berkesempatan untuk melihat pemprosesan itu berlaku kerana ia hanya berlaku pada waktu-waktu tertentu.
Jadi, bagi siapa-siapa yang tidak mahu melepaskan peluang ini, bolehlah datang pada masa berikut:
Waktu memerah: 3 petang - 5 petang setiap hari
Waktu memproses: 10 pagi - 2 petang, setiap hari Selasa, Khamis, Ahad.
![]() |
Pemandangan yang cukup indah di Desa Cattle Dairy Farm. |
![]() |
Rombongan pelajar yang ke Kundasang,Ranau. |
Subscribe to:
Posts (Atom)