Wednesday, 22 October 2014

NEXUS KARAMBUNAI RESORT CITY - "some say it's heaven..!"

Karambunai Resort City
'Some say it's heaven'.. Inilah ungkapan yang diberikan oleh bekas-bekas pengunjung Nexus Karambunai Resort City yang merupakan salah satu tempat yang sering mendapat tumpuan oleh para pelancong asing yang ingin mendapatkan percutian yang menarik dan menenangkan di negeri bawah bayu. Lokasinya terletak tidak jauh dari bandaraya Kota Kinabalu(28km), iaitu 30minit masa perjalanan  menggunakan kenderaan dengan kemudahan perhubungan jalanraya yang baik. 


Gerbang laluan masuk ke Nexus Resort
Gerbang laluan masuk yang dikawal rapi oleh pegawai keselamatan dapat menjamin keselamatan para pelancong dan pengunjung untuk  melakukan aktiviti percutian mereka tanpa ragu-ragu.



Nexus Resort
Nexus Resort menawarkan penempahan villa secara terus melalui kaunter atau atas talian selama 24jam. Pendaftaran masuk dan keluar pula bermula pada jam 4 petang dan 12 tengah hari. Sesuai dengan istilah 'City', Nexus Resort menawarkan pelbagai perkhidmatan yang diperlukan oleh pengunjung.








 Antara kemudahan yang disediakan ialah restoran, perkhimatan bilik, Bar, penghantaran makanan ke bilik, kemudahan BBQ, pusat pertukaran matawang, penyimpanan Luggage, perkhidmatan menjaga anak(babysiting), Kids' Club, kemudahan untuk perjumpaan/Banquet, kedai cenderahati, bilik khas kepada mereka yang alahan kepada asap rokok, kemudahan OKU, tempat letak kereta dan wifi secara percuma dan lain-lain lagi.





Perkhidmatan basikal dan kolam renang.




Perkhidmatan Spa dan Massage merupakan salah satu perkhidmatan yang mendapat pujian dan penghargaan daripada pelancong yang datang.




Lapangan Golf

Resort ini sangat sesuai untuk kunjungan seisi keluarga, pasangan bulan madu, perseorangan, tidak kira tua dan muda kerana terdapat pelbagai perkhidmatan yang menarik iaitu perkhidmatan sauna, pusat kecergasan, spa, pusat kesihatan, perkhidmatan mengurut, tenis, berbasikal, skuasy, kawasan pantai persendirian dan tidak lupa juga tanah lapang tersedia untuk penggemar permainan Golf.






Pantai persendirian: Air yang jernih, bersih dan menyegarkan.



 Yang pastinya sumber alam semula jadi di sekitar lokasinya sangat indah dan ia sangat sesuai dijadikan tempat untuk bermeditasi dan menenangkan keadaan mental dan fizikal. Bak kata orang 'belum cuba, belum tahu..sudah cuba nak lagi!'.
Ambillah peluang untuk mengunjungi dan menyertai aktiviti-aktiviti yang terdapat di sini, anda pasti mengalami ketengan dan keseronokan yang maksima!

Sebarang persoalan dan tempahan bolehlah berhubung terus secara online di laman web berikut:










Monday, 20 October 2014

Melawat Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang!

Desa Cattle Dairy Farm!
Desa Cattle Dairy Farm terletak di Kundasang, Ranau iaitu kira-kira 3 jam perjalanan dari Kota Kinabalu. Desa Cattle Farm yang sering dikatakan New Zealand Sabah merupakan satu kawasan yang 'wajib pergi' bagi para pelancong yang datang ke Sabah.

Apa yang menarik di Desa Cattle Dairy Farm ini adalah sememangnya pemandangannya yang cukup indah seolah-olah kita berada di New Zealand tambahan lagi cuacanya yang sejuk serta lembu-lembu yang bertompok hitam putih seperti lembu yang sering kita lihat di luar negara.
Bayaran masuk ke Desa Cattle Dairy Farm adalah sebanyak RM 4 bagi dewasa dan RM 3 bagi kanak-kanak. 

Selain itu, kita berpeluang untuk memberi makanan serta menyusukan anak-anak kambing dan lembu. Pihak Desa Cattle Dairy Farm juga turut menunjukkan bagaimana mereka memerah dan memproses susu. Namun, kami tidak berkesempatan untuk melihat pemprosesan itu berlaku kerana ia hanya berlaku pada waktu-waktu tertentu.

Jadi, bagi siapa-siapa yang tidak mahu melepaskan peluang ini, bolehlah datang pada masa berikut:
Waktu memerah: 3 petang - 5 petang setiap hari
Waktu memproses: 10 pagi - 2 petang, setiap hari Selasa, Khamis, Ahad.


Pemandangan yang cukup indah di Desa Cattle Dairy Farm.




Rombongan pelajar yang ke Kundasang,Ranau.