Desa Cattle Dairy Farm! |
Desa Cattle Dairy Farm terletak di Kundasang, Ranau iaitu kira-kira 3 jam perjalanan dari Kota Kinabalu. Desa Cattle Farm yang sering dikatakan New Zealand Sabah merupakan satu kawasan yang 'wajib pergi' bagi para pelancong yang datang ke Sabah.
Apa yang menarik di Desa Cattle Dairy Farm ini adalah sememangnya pemandangannya yang cukup indah seolah-olah kita berada di New Zealand tambahan lagi cuacanya yang sejuk serta lembu-lembu yang bertompok hitam putih seperti lembu yang sering kita lihat di luar negara.
Bayaran masuk ke Desa Cattle Dairy Farm adalah sebanyak RM 4 bagi dewasa dan RM 3 bagi kanak-kanak.
Selain itu, kita berpeluang untuk memberi makanan serta menyusukan anak-anak kambing dan lembu. Pihak Desa Cattle Dairy Farm juga turut menunjukkan bagaimana mereka memerah dan memproses susu. Namun, kami tidak berkesempatan untuk melihat pemprosesan itu berlaku kerana ia hanya berlaku pada waktu-waktu tertentu.
Jadi, bagi siapa-siapa yang tidak mahu melepaskan peluang ini, bolehlah datang pada masa berikut:
Waktu memerah: 3 petang - 5 petang setiap hari
Waktu memproses: 10 pagi - 2 petang, setiap hari Selasa, Khamis, Ahad.
Pemandangan yang cukup indah di Desa Cattle Dairy Farm. |
Rombongan pelajar yang ke Kundasang,Ranau. |
No comments:
Post a Comment