Tuesday, 25 November 2014

The Tips Of Borneo.

The Tip of Borneo atau lebih dikenali sebagai Simpang Mengayau, Kudat merupakan salah satu tempat kebanggaan rakyat Sabah. Tempat ini istimewa kerana merupakan tempat teratas dalam peta Borneo serta menjadi titin pertemuan antara Lautan Sulu dan Laut China Selatan.


Jarak dari bandaraya Kota Kinabalu ke Simpang Mengayau ialah 200 kilometer dan mengambil masa kira- kira 3 jam untuk sampai ke destinasi. Bandar yang terdekat dengan Simpang Mengayau ialah bandar Kudat. Jarak antara bandar Kudat untuk sampai ke tempat ini ialah  25 kilometer.

Apa yang menarik Simpang Mengayau? Bunyi ombak. Angin sepoi- sepoi. Pemandangan matahari terbenam. Pemandangan lautan yang luas. Suasana yang benar- benar membuat kita lupa sejenak kesibukan dan tekanan. Tempat ini amat sesuai bagi keluarga, orang berkerjaya dan pasangan yang menginginkan percutian.
Bagi pelancong yang datang di Sabah, adalah sangat rugi sekiranya tidak meluangkan masa untuk datang di tempat secantik Simpang Mengayau. Jangan risau kerana kemudahan penginapan disediakan. Cuma anda perlu membuat tempahan awal bagi mengelakkan sebarang masalah. Terutamanya bagi musim cuti sekolah. Harga yang dikenakan juga amat berpatutan mengikut pakej yang anda inginkan.


Berkunjung di Simpang Mengaya, Kudat pasti meninggalkan memori terindah bagi anda!😀😀

                                          Prepared by,
                                        Frona Galimas

Saturday, 15 November 2014

Pasar Filipina

Pasar Filipina terletak di Jalan Tun Fuad Stephen, Kota Kinabalu. Disini kita dapat melihat pelbagai jualan seperti ikan, sayur-sayuran, buah-buahan, barangan kraftangan, dan gerai makanan. Walaupun tempat ini sekadar 'pasar' tetapi ia menjadi salah satu kawasan tumpuan pelancong. Kawasan ini sentiasa sibuk di kunjungi oleh para pelancong dari pelbagai negara. Di sini juga kita boleh menikmati air kelapa, kuih tradisional Sabah seperti amplang, blinjo dan banyak lagi. Selain itu terdapat juga barisan perkhidmatan tukang jahit di hadapan pasar Filiipina ini. 

Suasana di Pasar Filipina. Pelbagai buah-buahan untuk dijual.



Sayap ayam!


Barangan kraftangan Sabah

Menyediakan perkhidmatan menjahit di sepanjang Pasar Filipin

Kuih-kuih tradisional di Sabah 

Kuih cincin salah satu kuih tradisional Sabah


Disediakan oleh: Saira Latief























Kota Kinabalu Waterfront

Kali ini saya ingin berkongsi kepada para pembaca sekalian salah satu kawasan pelancongan di Kota Kinabalu iaitu KK Waterfront!
KK Waterfront sememangnya menjadi tarikan pelancong sama ada di dalam mahu pun di luar negara.


Apa yang menariknya mengenai kawasan ini adalah kita berpeluang untuk menyaksikan matahari terbenam di samping menikmati pemandangan laut yang cukup indah. Jadi bagi sesiapa yang hendak melihat 'sun set', bolehlah datang sekitar jam 5.30 petang sambil menikmati makanan dan minuman di kedai makan sepanjang jalan KK Waterfront.



Pemandangan yang indah saat matahari terbenam di Waterfront
Kawasan kedai makan disepanjang jalan di KK Waterfront
Bersantai ditepi laut sambil minum 


....dan makan goreng pisang!


Para pelancong asing yang berkunjung ke KK Waterfront



         Disini saya ingin berkongsi cerita saya semasa berkunjung ke sini, Saya melihat beberapa orang kanak-kanak yang sedang bermain di tepi laut sambil memegang tali tangsi. Pada mulanya saya fikir mereka sekadar bermain-main disana. Rupa-rupanya mereka sedang menangkap ikan dengan hanya menggunakan botol dan tali tangsi serta berumpankan tepung. Inilah kali pertama saya melihat orang menangkap ikan dengan hanya menggunakan botol sahaja. Yang membuat saya kehairanan lagi, mereka berjaya menangkap kira-kira 2-3 ekor ikan dalam masa 10 minit. Mereka berkata bahawa mereka ingin menjualnya dengan harga RM10 sekilo di pasar.
Menangkap ikan dengan menggunakan tali tangsi dan botol

Ikan yang berjaya ditangkap dengan hanya beberapa minit. Hanya menggunakan botol!

Beberapa hasil tangkapan mereka.

Selain itu saya juga berpeluang berjumpa dengan beberapa pelancong dari Korea. Oleh kerana saya berkebolehan untuk berbahasa Korea (sedikit) saya berpeluang untuk berbual bersama mereka. Mereka kagum dan bangga melihat orang Malaysia boleh berbahasa Korea!
Bersama pelancong Korea di KK Waterfront!

Sangat friendly!

Abah ku yang 'hensem' bersama pelancong Korea 

Baiklah setakat ini sahaja pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama. Sesungguhnya banyak lagi tempat-tempat menarik di Sabah yang boleh dikunjungi. Sabah adalah satu tempat yang unik dan indah untuk dikunjungi oleh para pelancong!















Tuesday, 11 November 2014

Anda berminat mengenai sejarah ? Berkunjunglah ke Kundasang War Memorial :)

Bagi sesiapa yang berminat mengenai sejarah, jika anda datang ke Sabah, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Kundasang War Memorial.

Kundasang War Memorial ini terletak di daerah Kundasang . Cuaca di Kundasang sangatlah sejuk (ala-ala Cameron Highlands).

Yuran nak masuk Kundasang War Memorial ini hanya rm2 . Murah kan ?
Bagi kanak-kanak yang masih bersekolah, sekiranya mereka datang dengan memakai uniform sekolah, bayarannya serendah rm1.



Di sini saya kongsikan sedikit sejarah mengenai Kundasang War Memorial ni ya :)

Kundasang War Memorial ini telah ditubuhkan pada tahun 1962. Ianya adalah memorial pertama yang ditubuhkan. Tujuan penubuhan Kundasang War Memorial ini adalah untuk memperingati askar-askar British Australia dan Britsh yang telah ditawan oleh pihak Jepun.dan mati sewaktu Perang Dunia Kedua.







Di sini , saya sertakan petikan kata yang tercatat pada tugu peringatan yang ada di pintu masuk Kundasang War Memorial :
 "Semasa Perang Dunia Kedua, tawanan perang tentera Australia dan British dipenjarakan di Sandakan oleh pihak tentera Jepun. Tawanan perang pertama tiba dari Singapura dan mereka dipaksa untuk membina landasan kapal terbang tentera Jepun pada bulan Julai tahun 1942 dan menjelang pertengahan tahun 1943 lebih dari 1800 orang tawanan perang Australia dan 750 orang British menjadi buruh paksa di kem tahanan ini.

Keadaan hidup yang payah dan keadaan tempat kerja yang teruk wujud di kem tahanan ini. Tentera Jepun dan Pegawai Formosa yang sangat kejam terhadap tawanan perang dan bilangan tawanan perang yang mati pun meningkat sepanjang tahun 1943 dan 1944. Penduduk tempatan cuba sedaya upaya untuk menolong tawanan perang yang tidak berupaya itu kadang kala tidak menghiraukan ancaman bunuh yang dikeluarkan oleh pihak tentera Jepun".

 


Seterusnya kita beralih kepada empat taman cantik yang terdapat di dalam Kundasang War Memorial ini ....

Taman- taman tersebut adalah : Taman Australia
                                                   Taman Borneo 
                                                   Taman Inggeris
                                                   Taman Renungan




Kalau anda semua nak tahu, di sini terdapat pelbagai pokok bunga yang ditanam dan dijaga dengan rapi. Pengunjung tidak dibenarkan memetik bunga-bunga tersebut, kalau petik juga kena denda la jawabnya. Tambahan pula, di Kundasang War Memorial Park terdapat CCTV. Jdi jangan cuba-cuba untuk memetik bunga-bunga tersebut ya.






Perjalanan dari Kota Kinabalu menuju ke Kundasang War Memorial sejauh 90km . Sekiranya anda menaiki bas, bayaran yang dikenakan dalam anggaran rm17 - rm 30 . Tetapi jika menaiki teksi , anggaran kos adalah sebanyak rm 130 - rm300 . Jadi jika anda ingin menjimatkan kos, sebaik-baiknya pandu sendiri atau naik bas.

Setakat ini sahaja perkongsian saya mengenai Kundasang War Memorial . Jangan lupa berkunjung ke sana ya . Sayonaraaaa .....


Disediakan oleh : Nor Alieza Binti Ahmad Azni 








Water Rafting bagi penggemar aktiviti sukan lasak

Bagi penggemar aktiviti-aktiviti lasak , sekiranya anda datang ke Sabah , jangan lupa untuk mencuba sukan kayak arus deras atau lebih dikenali sebagai 'water rafting' . Antara tempat yang menyediakan sukan lasak ini adalah:
                                    Kiulu White Water Rafting yang terletak di Tuaran.
                                    Padas River White Water Rafting yang terletak di Tenom.


Hari ini , saya akan berkongsi tentang sukan kayak arus deras Sungai Kiulu yang terletak di daerah Tuaran .Sekiranya anda bertolak dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke Kiulu, perjalanan hanya akan mengambil masa kira-kira dua jam sahaja jika anda memilih untuk memandu ke sana.

Dari Kota Kinabalu, perjalanan hanya sejauh 35km ( jika menaiki kenderaan , bukan berjalan kaki )

Uniknya, sepanjang perjalanan, anda akan dapat melihat perkampungan tempatan serta kawasan hutan yang menghijau. Namun, berhati-hati dengan anjing yang berkeliaran di kawasan itu ok :)





Sukan kayak arus deras adalah satu rekreasi yang mencabar di samping mencergaskan fizikal. Bagi penggemar sukan kayak arus deras, jeram sungai Kiulu berada di dalam kategori kelas 1 dan 2 .

Kelas 1 - Sungai di kawasan ini tidak berjeram, mempunyai arus dan sesuai bagi mereka yang baru menceburi bidang ini.

Kelas 2 - Sungai di kawasan ini mempunyai arus yang bergerak laju, mempunyai batu-batu yang menghasilkan jeram-jeram kecil dan laluannya masih mudah dilihat.




Antara pakej harga yang disediakan untuk sukan water rafting ini adalah sebanyak rm90 .
Terdapat lagi beberapa pakej harga yang lain.

Bagi pakej harga rm90, ianya termasuk :  barangan berkayak + jaket keselamatan
                                                         :  tour / river guide
                                                         :  insuran

Sukan kayak ini sesuai untuk golongan umur 10 tahun hingga 60 tahun ke atas ( mengikut keadaan kesihatan)

Bagi sesiapa yang menghidap penyakit lelah , saya tidak menyarankan aktiviti ini kerana aktiviti ini memerlukan tenaga yang sangat banyak . Bimbang anda semput pula.

Selain daripada sukan water rafting, sekiranya anda berminat untuk menjalankan camping di kawasan tersebut, anda boleh mendapatkan maklumat daripada pihak yang berkaitan .

Cubalah ! Saya pasti anda tidak akan menyesal .. Sayonaraaaaaa .....





Disediakan oleh : Nor Alieza Binti Ahmad Azni
Credit to : Puan Siti Aminah bt Leen & Encik Ruhizal Nazman Alias kerana sudi berkongsi gambar.

Sunday, 2 November 2014

Crocodile Farm Tuaran ~ A day with Crocodile!

Taman Buaya Tuaran terletak di jalan Sulaman, tidak jauh daripada tempat makan lokan bakar
Harga tiket, Dewasa RM 10.00 dan Kanak-kanak ( 4-12 tahun) RM 5.00. Dibuka 8.30 pagi - 5.30 petang. 

Persembahan yang diadakan kat situ.
Pertunjukan Buaya:

  • Isnin - Sabtu : 11 pagi dan 3 petang.
  • Ahad dan cuti umum : 11 pagi, 1 tengahari, 3 petang.
Persembahan Kebudayaan:
  • Isnin - Sabtu : 11.30 pagi dan 3.30 petang.
  • Ahad dan cuti umum : 11.30pagi, 1.30 petang, 3 petang.
Masa buaya makan: 9 pagi, 10.30 pagi, 12 tengahari, 1.30 petang, 2.15 petang, 4.15 petang dan 4.45 petang ~ setiap hari kena bagi makan.

Perjalanan dari ke Taman Buaya amat menarik kerana saya dapat mengambil gambar di setiap penanda jalan raya (signboard) bermula dari 9Km hinggalah ke 1Km..



Selamat Datang ke Taman Buaya Tuaran!




Posing maut dulu sebelum masuk!










Ikuti perjalanan saya ke alam Buaya! =)
Buaya itu sudah diawet dan dijadikan perhiasan di luar Taman Buaya tersebut.















Kita mulakan dengan Taman rama- rama dimana saya menjumpai bunga yang sungguh menarik....
.
Ini merupakan salah satu buaya yang dapat saya gambar dari atas jambatan...





Kita beralih ke stesen seterusnya iaitu Haiwan iaitu Burung Unta.....



Ini pula satu- satunya pelanduk yang terdapat di Taman Buaya tersebut.



Kita kembali kepada alam Buaya... Bujang Sukau merupakan buaya yang amat merbahaya kerana menurut pekerja disana, buaya ini telah menbunuh orang dan merupakan buaya tertua di Taman Buaya tersebut.. Berusia 75 Tahun.




Dalam gambar ini buaya tersebut merupakan buaya terkecil di Taman ini....




 Buaya ini bernama Aqua berasal dari Sandakan.






















Kolam ini terdapat lebih 50 ekor ikan Common Kai.



Persembahan Kebudayan diadakan di dewan ini pada masa- masa tersebut =)


Saya turut serta menari bersama penari mereka Tarian Magunatip. Tarian Magunatip merupakan tarian suku kaum murut Tenom. Ditarikan dengan menggunakan buluh. 


Wajah- wajah penari bersama saya.


Akhir sekali Persembahan Buaya yang dipimpin oleh pekerja mereka. 
Persembahan Tarian Sumazau bersama buaya ini!




Akhir sekali ialah aksi paling merbahaya yang dipimpuin oleh pekerja veteren mereka iaitu Encik Roberto yang akan memasukkan tangan beliau ke dalam mulut buaya tersebut... Buaya ini merupaka buaya yang terganas di Taman Buaya tersebut.




Sekian sahaja diari saya ke Taman Buaya pada kali ini. Semoga kalian dapat idea untuk berkunjung ke Taman Buaya Tuaran Sabah. 

disediakan oleh Charlene Sunmogram.