The Tip of Borneo atau lebih dikenali sebagai Simpang Mengayau, Kudat merupakan salah satu tempat kebanggaan rakyat Sabah. Tempat ini istimewa kerana merupakan tempat teratas dalam peta Borneo serta menjadi titin pertemuan antara Lautan Sulu dan Laut China Selatan.
Jarak dari bandaraya Kota Kinabalu ke Simpang Mengayau ialah 200 kilometer dan mengambil masa kira- kira 3 jam untuk sampai ke destinasi. Bandar yang terdekat dengan Simpang Mengayau ialah bandar Kudat. Jarak antara bandar Kudat untuk sampai ke tempat ini ialah 25 kilometer.
Apa yang menarik Simpang Mengayau? Bunyi ombak. Angin sepoi- sepoi. Pemandangan matahari terbenam. Pemandangan lautan yang luas. Suasana yang benar- benar membuat kita lupa sejenak kesibukan dan tekanan. Tempat ini amat sesuai bagi keluarga, orang berkerjaya dan pasangan yang menginginkan percutian.
Bagi pelancong yang datang di Sabah, adalah sangat rugi sekiranya tidak meluangkan masa untuk datang di tempat secantik Simpang Mengayau. Jangan risau kerana kemudahan penginapan disediakan. Cuma anda perlu membuat tempahan awal bagi mengelakkan sebarang masalah. Terutamanya bagi musim cuti sekolah. Harga yang dikenakan juga amat berpatutan mengikut pakej yang anda inginkan.
Berkunjung di Simpang Mengaya, Kudat pasti meninggalkan memori terindah bagi anda!😀😀
Prepared by,
Frona Galimas
No comments:
Post a Comment