Poring Hot Spring,Ranau
Mata Air Panas Poring yang terkenal ini terletak 43 km dari Taman Kinabalu,Sabah. Poring ini berada di kaki bukit Gunung Kinabalu berhampiran dengan Pekan Ranau. Kolam air panas ini, terletak 102KM ataupun lebih kurang 3 jam dari Kota Kinabalu.
Di sini juga terdapat pusat kupu-kupu, pusat pemuliharaan bunga orkid, taman tropika seluas lima ekar dengan taman pemulihan binatang, kawasan perkelahan, kolam air panas dan jambatan kanopi dengan pemandangan hutan.
Untuk ke kolam air panas Poring yang terletak di dalam hutan, perlu melalui sebuah jambatan gantung yang pendek menyeberangi Sungai Mamut. Terdapat pokok-pokok berbuah, pokok renek dan tumbuhan berbunga menarik pelbagai jenis spesis burung, kelawar dan serangga.
Jambatan Kanopi gantung dengan pemandangan hutan yang menyejukan mata. |
Suhu air di mata air panas ini berada dalam lingkungan 40 hingga 60 darjah celsius. Pengunjung dapat menikmati kesegaran air di kolam renang atau berendam di air bersulfur yang disalurkan dari mata air panas ke dalam kolam dan tab berjubin.
Mata air panas dalam tab berjubin. |
Air terjun semula jadi yang segar,bersih dan sejuk. |
Selamat menghayati keindahan alam semula jadi di Poring Hot Spring Ranau!!
Disediakan oleh,
R.Vikneswary
No comments:
Post a Comment