Kali ini saya ingin berkongsi kepada para pembaca sekalian salah satu kawasan pelancongan di Kota Kinabalu iaitu KK Waterfront!
KK Waterfront sememangnya menjadi tarikan pelancong sama ada di dalam mahu pun di luar negara.
Apa yang menariknya mengenai kawasan ini adalah kita berpeluang untuk menyaksikan matahari terbenam di samping menikmati pemandangan laut yang cukup indah. Jadi bagi sesiapa yang hendak melihat 'sun set', bolehlah datang sekitar jam 5.30 petang sambil menikmati makanan dan minuman di kedai makan sepanjang jalan KK Waterfront.
|
Pemandangan yang indah saat matahari terbenam di Waterfront |
|
Kawasan kedai makan disepanjang jalan di KK Waterfront |
|
Bersantai ditepi laut sambil minum |
|
....dan makan goreng pisang!
|
|
Para pelancong asing yang berkunjung ke KK Waterfront |
Disini saya ingin berkongsi cerita saya semasa berkunjung ke sini, Saya melihat beberapa orang kanak-kanak yang sedang bermain di tepi laut sambil memegang tali tangsi. Pada mulanya saya fikir mereka sekadar bermain-main disana. Rupa-rupanya mereka sedang menangkap ikan dengan hanya menggunakan botol dan tali tangsi serta berumpankan tepung. Inilah kali pertama saya melihat orang menangkap ikan dengan hanya menggunakan botol sahaja. Yang membuat saya kehairanan lagi, mereka berjaya menangkap kira-kira 2-3 ekor ikan dalam masa 10 minit. Mereka berkata bahawa mereka ingin menjualnya dengan harga RM10 sekilo di pasar.
|
Menangkap ikan dengan menggunakan tali tangsi dan botol |
|
Ikan yang berjaya ditangkap dengan hanya beberapa minit. Hanya menggunakan botol! |
|
Beberapa hasil tangkapan mereka. |
Selain itu saya juga berpeluang berjumpa dengan beberapa pelancong dari Korea. Oleh kerana saya berkebolehan untuk berbahasa Korea (sedikit) saya berpeluang untuk berbual bersama mereka. Mereka kagum dan bangga melihat orang Malaysia boleh berbahasa Korea!
|
Bersama pelancong Korea di KK Waterfront! |
|
Sangat friendly! |
|
Abah ku yang 'hensem' bersama pelancong Korea |
Baiklah setakat ini sahaja pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama. Sesungguhnya banyak lagi tempat-tempat menarik di Sabah yang boleh dikunjungi. Sabah adalah satu tempat yang unik dan indah untuk dikunjungi oleh para pelancong!
No comments:
Post a Comment