Wednesday, 10 December 2014

Pulau Manukan memikat hati

Pulau Manukan merupakan sebuah pulau yang cantik dan famous di Sabah. Pulau ini terletak kira-kira setengah jam perjalanan dari bandaraya Kota Kinabalu. 

 Bayaran -> dewasa : bot - RM23
                                       Jetty fee - RM7.20
                                       Island fee -RM3
-> kanak kanak atas 2 tahun : bot - RM15
                                                Jetty fee - RM3.60
                                                Island fee - RM3
*bawah 2 tahun PERCUMA, tak perlu bayar tambang bot
     
Murah bukan . Anda tak perlu duit ribu riban utk menikmati percutian di pulau yang cantik . So, apa tunggu lagi . Datang la bercuti di pulau ini .


Disediakan oleh : Nor Hasnizan Azan

Tuesday, 2 December 2014

Keindahan Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu terletak di negeri di bawah bayu Sabah . Gunung Kinabalu di Kundasang adalah satu tempat yg menarik untuk dilawati . Jika anda ingin kan percutian yang menenangkan serta mendamaikan , anda disarankan supaya melawat tempat ini .
Gunung Kinabalu merupakan gunung yang tertinggi di Malaysia dan di Asia Tenggara . Ketinggiannya menjangkau 4095 meter daripada aras laut .
Kepada penggemar aktiviti lasak , anda digalakkan untuk datang sendiri ke Gunung Kinabalu kerana di sini disediakan perkhidmatan yang akan membantu para pelancong untuk 'hiking' . Sambil itu juga anda dapat menikmati panorama yang indah serta menghirup udara yang segar . Jangan lupa , anda juga boleh tengok bunga rafflesia . Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke sini .


Disediakan oleh Nor Hasnizan Azan

Monday, 1 December 2014

Poring Hot Spring Ranau




Poring Hot Spring,Ranau 





 Mata Air Panas Poring yang terkenal  ini terletak 43 km dari Taman Kinabalu,Sabah. Poring ini berada di kaki bukit Gunung Kinabalu berhampiran dengan Pekan Ranau. Kolam air panas ini, terletak 102KM ataupun lebih kurang 3 jam dari Kota Kinabalu.





Di sini juga terdapat pusat kupu-kupu, pusat pemuliharaan bunga orkid, taman tropika seluas lima ekar dengan taman pemulihan binatang, kawasan perkelahan, kolam air panas dan jambatan kanopi dengan pemandangan hutan. 
Untuk ke kolam air panas Poring yang terletak di dalam hutan, perlu melalui sebuah jambatan gantung yang pendek menyeberangi Sungai Mamut. Terdapat pokok-pokok berbuah, pokok renek dan tumbuhan berbunga menarik pelbagai jenis spesis burung, kelawar dan serangga. 

Jambatan Kanopi gantung dengan pemandangan hutan yang menyejukan mata.




Suhu air di mata air panas ini berada dalam lingkungan 40 hingga 60 darjah celsius. Pengunjung dapat menikmati kesegaran air di kolam renang atau berendam di air bersulfur yang disalurkan dari mata air panas ke dalam kolam dan tab berjubin.

Mata air panas dalam tab berjubin.
Air terjun semula jadi yang segar,bersih dan sejuk.



Selamat menghayati keindahan alam semula jadi di Poring Hot Spring Ranau!!



                                                                               Disediakan oleh,
                                                                                  R.Vikneswary

Tuesday, 25 November 2014

The Tips Of Borneo.

The Tip of Borneo atau lebih dikenali sebagai Simpang Mengayau, Kudat merupakan salah satu tempat kebanggaan rakyat Sabah. Tempat ini istimewa kerana merupakan tempat teratas dalam peta Borneo serta menjadi titin pertemuan antara Lautan Sulu dan Laut China Selatan.


Jarak dari bandaraya Kota Kinabalu ke Simpang Mengayau ialah 200 kilometer dan mengambil masa kira- kira 3 jam untuk sampai ke destinasi. Bandar yang terdekat dengan Simpang Mengayau ialah bandar Kudat. Jarak antara bandar Kudat untuk sampai ke tempat ini ialah  25 kilometer.

Apa yang menarik Simpang Mengayau? Bunyi ombak. Angin sepoi- sepoi. Pemandangan matahari terbenam. Pemandangan lautan yang luas. Suasana yang benar- benar membuat kita lupa sejenak kesibukan dan tekanan. Tempat ini amat sesuai bagi keluarga, orang berkerjaya dan pasangan yang menginginkan percutian.
Bagi pelancong yang datang di Sabah, adalah sangat rugi sekiranya tidak meluangkan masa untuk datang di tempat secantik Simpang Mengayau. Jangan risau kerana kemudahan penginapan disediakan. Cuma anda perlu membuat tempahan awal bagi mengelakkan sebarang masalah. Terutamanya bagi musim cuti sekolah. Harga yang dikenakan juga amat berpatutan mengikut pakej yang anda inginkan.


Berkunjung di Simpang Mengaya, Kudat pasti meninggalkan memori terindah bagi anda!😀😀

                                          Prepared by,
                                        Frona Galimas

Saturday, 15 November 2014

Pasar Filipina

Pasar Filipina terletak di Jalan Tun Fuad Stephen, Kota Kinabalu. Disini kita dapat melihat pelbagai jualan seperti ikan, sayur-sayuran, buah-buahan, barangan kraftangan, dan gerai makanan. Walaupun tempat ini sekadar 'pasar' tetapi ia menjadi salah satu kawasan tumpuan pelancong. Kawasan ini sentiasa sibuk di kunjungi oleh para pelancong dari pelbagai negara. Di sini juga kita boleh menikmati air kelapa, kuih tradisional Sabah seperti amplang, blinjo dan banyak lagi. Selain itu terdapat juga barisan perkhidmatan tukang jahit di hadapan pasar Filiipina ini. 

Suasana di Pasar Filipina. Pelbagai buah-buahan untuk dijual.



Sayap ayam!


Barangan kraftangan Sabah

Menyediakan perkhidmatan menjahit di sepanjang Pasar Filipin

Kuih-kuih tradisional di Sabah 

Kuih cincin salah satu kuih tradisional Sabah


Disediakan oleh: Saira Latief























Kota Kinabalu Waterfront

Kali ini saya ingin berkongsi kepada para pembaca sekalian salah satu kawasan pelancongan di Kota Kinabalu iaitu KK Waterfront!
KK Waterfront sememangnya menjadi tarikan pelancong sama ada di dalam mahu pun di luar negara.


Apa yang menariknya mengenai kawasan ini adalah kita berpeluang untuk menyaksikan matahari terbenam di samping menikmati pemandangan laut yang cukup indah. Jadi bagi sesiapa yang hendak melihat 'sun set', bolehlah datang sekitar jam 5.30 petang sambil menikmati makanan dan minuman di kedai makan sepanjang jalan KK Waterfront.



Pemandangan yang indah saat matahari terbenam di Waterfront
Kawasan kedai makan disepanjang jalan di KK Waterfront
Bersantai ditepi laut sambil minum 


....dan makan goreng pisang!


Para pelancong asing yang berkunjung ke KK Waterfront



         Disini saya ingin berkongsi cerita saya semasa berkunjung ke sini, Saya melihat beberapa orang kanak-kanak yang sedang bermain di tepi laut sambil memegang tali tangsi. Pada mulanya saya fikir mereka sekadar bermain-main disana. Rupa-rupanya mereka sedang menangkap ikan dengan hanya menggunakan botol dan tali tangsi serta berumpankan tepung. Inilah kali pertama saya melihat orang menangkap ikan dengan hanya menggunakan botol sahaja. Yang membuat saya kehairanan lagi, mereka berjaya menangkap kira-kira 2-3 ekor ikan dalam masa 10 minit. Mereka berkata bahawa mereka ingin menjualnya dengan harga RM10 sekilo di pasar.
Menangkap ikan dengan menggunakan tali tangsi dan botol

Ikan yang berjaya ditangkap dengan hanya beberapa minit. Hanya menggunakan botol!

Beberapa hasil tangkapan mereka.

Selain itu saya juga berpeluang berjumpa dengan beberapa pelancong dari Korea. Oleh kerana saya berkebolehan untuk berbahasa Korea (sedikit) saya berpeluang untuk berbual bersama mereka. Mereka kagum dan bangga melihat orang Malaysia boleh berbahasa Korea!
Bersama pelancong Korea di KK Waterfront!

Sangat friendly!

Abah ku yang 'hensem' bersama pelancong Korea 

Baiklah setakat ini sahaja pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama. Sesungguhnya banyak lagi tempat-tempat menarik di Sabah yang boleh dikunjungi. Sabah adalah satu tempat yang unik dan indah untuk dikunjungi oleh para pelancong!















Tuesday, 11 November 2014

Anda berminat mengenai sejarah ? Berkunjunglah ke Kundasang War Memorial :)

Bagi sesiapa yang berminat mengenai sejarah, jika anda datang ke Sabah, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Kundasang War Memorial.

Kundasang War Memorial ini terletak di daerah Kundasang . Cuaca di Kundasang sangatlah sejuk (ala-ala Cameron Highlands).

Yuran nak masuk Kundasang War Memorial ini hanya rm2 . Murah kan ?
Bagi kanak-kanak yang masih bersekolah, sekiranya mereka datang dengan memakai uniform sekolah, bayarannya serendah rm1.



Di sini saya kongsikan sedikit sejarah mengenai Kundasang War Memorial ni ya :)

Kundasang War Memorial ini telah ditubuhkan pada tahun 1962. Ianya adalah memorial pertama yang ditubuhkan. Tujuan penubuhan Kundasang War Memorial ini adalah untuk memperingati askar-askar British Australia dan Britsh yang telah ditawan oleh pihak Jepun.dan mati sewaktu Perang Dunia Kedua.







Di sini , saya sertakan petikan kata yang tercatat pada tugu peringatan yang ada di pintu masuk Kundasang War Memorial :
 "Semasa Perang Dunia Kedua, tawanan perang tentera Australia dan British dipenjarakan di Sandakan oleh pihak tentera Jepun. Tawanan perang pertama tiba dari Singapura dan mereka dipaksa untuk membina landasan kapal terbang tentera Jepun pada bulan Julai tahun 1942 dan menjelang pertengahan tahun 1943 lebih dari 1800 orang tawanan perang Australia dan 750 orang British menjadi buruh paksa di kem tahanan ini.

Keadaan hidup yang payah dan keadaan tempat kerja yang teruk wujud di kem tahanan ini. Tentera Jepun dan Pegawai Formosa yang sangat kejam terhadap tawanan perang dan bilangan tawanan perang yang mati pun meningkat sepanjang tahun 1943 dan 1944. Penduduk tempatan cuba sedaya upaya untuk menolong tawanan perang yang tidak berupaya itu kadang kala tidak menghiraukan ancaman bunuh yang dikeluarkan oleh pihak tentera Jepun".

 


Seterusnya kita beralih kepada empat taman cantik yang terdapat di dalam Kundasang War Memorial ini ....

Taman- taman tersebut adalah : Taman Australia
                                                   Taman Borneo 
                                                   Taman Inggeris
                                                   Taman Renungan




Kalau anda semua nak tahu, di sini terdapat pelbagai pokok bunga yang ditanam dan dijaga dengan rapi. Pengunjung tidak dibenarkan memetik bunga-bunga tersebut, kalau petik juga kena denda la jawabnya. Tambahan pula, di Kundasang War Memorial Park terdapat CCTV. Jdi jangan cuba-cuba untuk memetik bunga-bunga tersebut ya.






Perjalanan dari Kota Kinabalu menuju ke Kundasang War Memorial sejauh 90km . Sekiranya anda menaiki bas, bayaran yang dikenakan dalam anggaran rm17 - rm 30 . Tetapi jika menaiki teksi , anggaran kos adalah sebanyak rm 130 - rm300 . Jadi jika anda ingin menjimatkan kos, sebaik-baiknya pandu sendiri atau naik bas.

Setakat ini sahaja perkongsian saya mengenai Kundasang War Memorial . Jangan lupa berkunjung ke sana ya . Sayonaraaaa .....


Disediakan oleh : Nor Alieza Binti Ahmad Azni